Labels

Saturday, June 1, 2013

Wang kertas pertama malaysia - A-1 000001.........1967


Kumpulan CIMB berjaya membawa pulang enam keping wang kertas pertama Malaysia ke negara ini selepas membidanya sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan di London pada tahun lalu.

Ringgit pertama yang dicetak pada tahun 1967 itu memiliki tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Mohamed Ali.Lima keping wang kertas itu masing-masing bernilai RM1, RM5, R M50, RM100, RM1,000 dan memiliki nombor siri A/1 000001. 5 keping wang kertas siri pertama itu dihadiahkan oleh Tun Ismail Mohamed Ali kepada Agong pertama ketika itu lengkap bersama folder rasmi BNM 1967.

Menurut kenyataan CIMB, lelongan khazanah negara itu telah dianjurkan oleh pakar jurulelong profesional, Spink di London pada Oktober lalu."Sebaik sahaja mendengar berita mengenai lelongan tersebut, kami bertindak segera untuk menyelamatkan khazanah bernilai itu agar ia tidak jatuh ke tangan orang lain dengan menyertai lelongan yang dikuasai pelabur luar negara menerusi bidaan awalnya sebanyak 30,000 pound sterling (RM191,700)," katanya.

Kejayaan tersebut telah mencatat rekod bidaan untuk Spink daripada aspek wang kertas Asia.Wang kertas unik tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Md. Nor Yusof kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan disaksikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak selepas majlis pelancaran CIMB-Principal Islamic Asset Sdn. Bhd. di sini hari ini.Khazanah bersejarah itu akan dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni BNM.

No comments:

Post a Comment