Labels

Saturday, May 18, 2013

Ibu Dengan Rekod Kelahiran Paling Banyak Di Dunia




Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri?

Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.

Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua, bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang!!

Friday, May 10, 2013

Polis Perempuan Bertudung Pertama Di Sweden



Gambar Polis Perempuan Bertudung Pertama Di Sweden

Posted by Mohd Shubhi

Donna, 26 tahun merupakan perempuan bertudung pertama yang direkrut sebagai polis di Sweden. Lihat gambarnya di bawah:




Baca ceritanya di bawah

Donna Eljammal, polis bertudung pertama di Sweden

MacJay 
Posted in: Sinar Islam




Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.



Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

Lagi gambar-gambar Donna Eljammal, polis wanita Islam pertama bertudung di Sweden.

Saturday, May 4, 2013

7 ikan aneh di dunia


1 Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)




Ikan ini termasuk dalam genius anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau.
Ikan ini memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama .
Ikan ini sebenarnya hanya mempunyai 2 mata, namun kedua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, yakni bagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis.
Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah pun berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.
2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)




Ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai membesar dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.

3 Spookfish (ikan hantu)




Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan .. Cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye


4 Barreleye Fish – genus Macropinna microstoma (Ikan kepala transparan) 




Tergolong dalam keluarga ikan hantu, ikan ini mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.
Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan hampir-hampir berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.
Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembusi kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat ikan ini tidak akan ikan dengan jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya.
Haiwan pemangsa maupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak boleh melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. . Ini sangat menakjubkan.
Para pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkan untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya.
Lantas, apa fungsi kedua ‘matanya’ yang terdapat di depan? Menurut para pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil.
Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya. Sebab, kita tahu bahawa tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat .


5 Flying Fish (Ikan terbang)






Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan terbang ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindia.
Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar, membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa.
Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400m.


6 Ikan bergigi dan lidah manusia





Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut bukan kepalang melihat ikan yang ditangkap itu, malah mengigitnya kuat. Dia menjerit dan setelah diperiksa gigi ikan ini mirip gigitan manusia.
Seperti dibaca dalam web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira bukan kepalang kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar.
Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa terkejut dan menjerit kerana didigit kencang seperti digigit manusia.
Setelah diperiksa ikan itu memang sangat menakjubkan. Ikan ini mempunyai gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya. Ikan ajaib ini ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk.
Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.


7 Handfish (Ikan bertangan)





Kelihatan ikan ini terlihat sekitar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertentangan lainnya. Ikan ini nampak ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan kalau kenapa lokasi ikan ini adanya di dasar lautan.
Yang anehnya ikan ini menggunakan “tangannya” yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemui ikan tersebut terdapat di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15cm.