1 Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)
Ikan ini termasuk dalam genius anablepidae iaitu
ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan
Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau.
Ikan ini memiliki mata yang terletak di bahagian atas
kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat
melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama .
Ikan ini sebenarnya hanya mempunyai 2 mata, namun
kedua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi 2
bahagian, yakni bagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan
yang tipis.
Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian
mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat
ke dalam air. ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah pun berbeza, semakin
ke bawah semakin tipis.
2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped
Batfish)
Ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini
hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang
yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut.
Ketika mulai membesar dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan
tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.
3 Spookfish (ikan hantu)
Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan ..
Cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye
4 Barreleye
Fish – genus Macropinna microstoma (Ikan kepala transparan)
Tergolong dalam keluarga ikan hantu, ikan ini
mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan
jelas dari luar.
Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti
setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini
berfungsi sebagai mata. Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan
hampir-hampir berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.
Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap
seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembusi
kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat ikan ini tidak akan ikan dengan
jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya.
Haiwan pemangsa maupun mangsanya sendiri yang bersembunyi
di atas tidak boleh melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat ke atas kerana
matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. . Ini sangat menakjubkan.
Para pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau
kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkan
untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari
ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya.
Lantas, apa fungsi kedua ‘matanya’ yang terdapat di
depan? Menurut para pengkaji, kedua mata ikan itu
adalah nales, deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai
kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil.
Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat
tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya. Sebab, kita tahu bahawa
tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat .
5 Flying Fish (Ikan terbang)
Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga
ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7
hingga 9 genus. Ikan terbang ditemui di semua laut utama,
terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan
Hindia.
Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya
yang besar, membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di
atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa.
Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter,
namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat
mencapai jarak setidaknya 400m.
6 Ikan bergigi dan lidah manusia
Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut bukan
kepalang melihat ikan yang ditangkap itu, malah mengigitnya kuat. Dia menjerit dan setelah diperiksa gigi ikan ini mirip
gigitan manusia.
Seperti dibaca dalam web.orange.co.uk edisi 24
September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South
Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan
mengigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira bukan kepalang kerana ikan yang
terjerat itu sungguh besar.
Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira 5 kilogram
dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan
lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa terkejut dan menjerit kerana didigit
kencang seperti digigit manusia.
Setelah diperiksa ikan itu memang sangat menakjubkan.
Ikan ini mempunyai gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang
dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya. Ikan ajaib ini
ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya.
Hingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk.
Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan
dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan
air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengesahkan
adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa
jenis spesies ikan misteri itu.
7 Handfish (Ikan bertangan)
Kelihatan ikan ini terlihat sekitar tahun 1990-an dan
ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertentangan lainnya.
Ikan ini nampak ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan kalau kenapa
lokasi ikan ini adanya di dasar lautan.
Yang anehnya ikan ini menggunakan “tangannya” yang
seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemui ikan tersebut terdapat
di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik
yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil).
ukurannya sekitar 15cm.
No comments:
Post a Comment