KEADAAN perkampungan Oymyakon yang dipenuhi ais
di pedalaman timur laut Rusia.
OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan
terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di
dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor
akhbar Daily Mail kelmarin.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan
pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur
laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang
Januari lalu berada pada takat - 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan
tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain
beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan
daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan
nutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan
enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana
membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi
No comments:
Post a Comment