Labels

Saturday, June 29, 2013

Ikan Yang Boleh Memanjat Air Terjun


VIVAnews - Para penyelidik telah menemui sejenis spesies ikan yang berperilaku unik di Hawaii, Amerika Syarikat. Ikan kecil ini dikatakan mampu memanjat air terjun setinggi 100 meter dengan hanya menggunakan mulutnya.

Seperti dilapor laman web LiveScience, Isnin, 7 Januari 2013, spesies ikan ini dinamakan Gobi Nopoli Rock Climbing atau Sicyopterus stimpsoni. Ikan ini memanjat dengan menekapkan mulutnya pada permukaan batuan dan memindahkan badannya secara perlahan-lahan.

Menurut Richard Blob, Penyelidik Evolusi Biomechanist dari Clemson University di South Carolina, ikan yang berukuran sepanjang 18 cm ini menggunakan kekuatan rahang untuk menempelkan mulutnya pada permukaan batu untuk mengikis makanan.

"Selain untuk makan, mulutnya digunakan juga untuk mendaki. Ini adalah salah satu bentuk evolusi perilaku dari seekor haiwan ketika mencari makanan," kata Blob.

Untuk membuktikan sama ada ikan ini benar-benar mendaki menggunakan mulutnya, para penyelidik menangkap ikan Gobi Nopoli Rock Climbing dan meletakkannya di dalam akuarium. Mereka sempat merakam kekuatan rahang ikan Gobi ketika menempelkan mulutnya di sisi akurium dan memanjatnya untuk mendapatkan makanan.

"Perilaku ini belum jelas tujuannya, sama ada kegiatan makannya disesuaikan untuk mendaki, atau sebaliknya," tambah Blob lagi.

Ketika ini para penyelidik sedang mengumpulkan spesies ikan Gobi lain yang berasal dari Karibia untuk mengetahui urutan dari evolusi perilaku ekstrim ikan ini. Hasil dari penelitian ini telah diterbitkan pada Jurnal Online Plus One pada 4 Januari yang lalu.



Friday, June 28, 2013

8 Tempat Pelik di Dunia


1. PAMUKKALE - TURKEY
Kolam ni terjadi pas 1 gempa bumi kat Turki beribu tahun dulu yg membuatkan tanah2 tu ada yg naik dan ada yg turun. Bawah tanah tu ada mata air panas maka bila terjadi gempa bumi tu, bawak naik air panas tu. Air panas tersebut mengandungi kalsium yg sangat tinggi. Pamukalle bermaksud Istana Kapas di sebabkn warna air yg berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka buat bandar yg bernama Heirapolis dan menggunakan tempat ni as " Healing Place ".

(Tempat ni dh di tutup oleh UNESCO sebab ada kejadian pelancong mandi kat klam tu)


2. MOERAKI - NEW ZEALAND



Batu yg besar ni terletak kat Pantai Otago dan terjadi sama mcm proses mutiara terjadi (pendek kata ni mutiara gergasi la http://jiwang.org/images/smilies/lol.gif).

Lagenda kaum Maori mengatakan batu ni di bawa nenek moyang dorg dalam sampan yg besar dan batu2 ni adalah tinggalan kapal tu.


3. NINE HELLS OF BEPPU - JAPAN


Beppu, terletak kat Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Di katakan "Hell" di sebabkan keadaan kolam yg mcm pintu neraka masyarakat Jepun di tambah lagi dengan warnanya yg merah.. Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku). Malangnya, petempatan kat sekeliling kolam tu dan terlebih di bangunkan maka tak hairan jika satu hari nanti kolam2 ni di tutup.


4. GREAT BLUE HOLE OF BELIZE 



Aku rasa ramai yg tau tempat ni kan ? Blue Hole of Belize adalah salah satu pintu masuk ke dalam rangkaian gua di dalam laut. Ia berwarna biru disebabkan kedalaman air tu adalah dalam 130 meter. Gua2 dalam rangkaian tu kebanyakannya kering maka sesape yg berani boleh cuba skuba kat situ http://jiwang.org/images/smilies/wek2.gif


5. HELL'S DOOR - TURKMENISTAN



Terletak kat Turkmenistan , percaya atau tak ini adalah buatan manusia. Pada tahun 1971 askar Soviet dapat tau kat situ gas asli maka dorg pun mula la mengorek. Pas dah sampai ke ke dalaman 25 meter, bumbung tempat yg menyimpan tu runtuh dan mengakibatkan gas asli tu terbebas. Ianya terbakar lepas pihak Soviet amik keputusan untuk tanak ada kes penduduk tempatan keracunan.

(Lihat pada waktu malam dan tempat ni boleh di lihat sejauh mata memandang, bayangkan dari tahun 1971 benda ni terbakar tak berhenti. Kalau di convert ke tenaga untuk kereta, whoah..)


6. SANQINGSHAN - CHINA



taman negara China ni biasa kita tengok dalam filem2 fantasi dorg. Di katakan syurga dewa masyarakat China .

Mengikut lagenda, seorang puteri China memujuk 4 dewa alam iaitu api,air,angin dan tanah untuk membuat taman ni untuk dia

[kalau korg pegi, carik la angle yg terbaik dan korg akan jumpa empat elemen tu iaitu pancaran matahari (api), kabus (angin), air terjun (air) dan gunung (tanah)]


7. EYE OF AFRICA - MAURITANIA



Cuba bukak google maps dan tengok.korg akan nampak bentuk mata.
http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=mauritania&sll=-29.822536,25.060404&sspn=17.151443,28.256836&ie=UTF8&hq=&hnear=Mauritania&ll=21.048618,-11.304932&spn=2.31194,3.532104&t=h&z=8
Ikut lagenda, tempat ni adalah testing ground bomb nuklear zaman dulu (google sejarah tamadun Indus yg di katakan lenyap sbb bom atom)


8. RACETRACK PLAYA - USA 




Batu tu bergerak setahun sekali di sebabkan setiap tahun, tempat tu akan hujan dan akan membuatkan tanah yg kering menjadi lumpur. yg menjadi misteri, batu2 kat situ ada yg seberat beratus kilo dan tempat tu adalah tempat yg paling rata di dunia 

Friday, June 14, 2013

Kampung paling sejuk di dunia



KEADAAN perkampungan Oymyakon yang dipenuhi ais di pedalaman timur laut Rusia.


OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi

Giant Snake Killed In Egypt Red Se






Saturday, June 8, 2013

Wanita Taiwan Menang $3000 Kerana Berjaya Tangkap 4 Juta Nyamuk


Seorang wanita Taiwan yang bernama Huang Yu-yen, telah berjaya memenangi hadiah sejumlah 3,000 dolar Amerika kerana mampu menangkap 4 juta nyamuk dalam masa sebulan.

Wanita yang menetap di selatan Taiwan,tersebut merupakan satu daripada 72 peserta yang mendaftar dalam sebuah pertandingan milik Imbictus International, sebuah syarikat Taiwan yang bergerak khusus dibidang perangkap hama.

Ketika ditimbang nyamuk hasil tangkapan Huang mempunyai berat 1.5 kg lebih berat dari peserta lain. Dengan usaha luar biasanya itu, Imbictus pun mengemukakan kepadaa Guinness World Records yang berharap gar Huang diberi status sebagai penangkap nyamuk paling banyak dalam dunia.


Saturday, June 1, 2013

Wang kertas pertama malaysia - A-1 000001.........1967


Kumpulan CIMB berjaya membawa pulang enam keping wang kertas pertama Malaysia ke negara ini selepas membidanya sehingga 100,000 pound sterling (RM639,000) pada satu majlis lelongan di London pada tahun lalu.

Ringgit pertama yang dicetak pada tahun 1967 itu memiliki tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Mohamed Ali.Lima keping wang kertas itu masing-masing bernilai RM1, RM5, R M50, RM100, RM1,000 dan memiliki nombor siri A/1 000001. 5 keping wang kertas siri pertama itu dihadiahkan oleh Tun Ismail Mohamed Ali kepada Agong pertama ketika itu lengkap bersama folder rasmi BNM 1967.

Menurut kenyataan CIMB, lelongan khazanah negara itu telah dianjurkan oleh pakar jurulelong profesional, Spink di London pada Oktober lalu."Sebaik sahaja mendengar berita mengenai lelongan tersebut, kami bertindak segera untuk menyelamatkan khazanah bernilai itu agar ia tidak jatuh ke tangan orang lain dengan menyertai lelongan yang dikuasai pelabur luar negara menerusi bidaan awalnya sebanyak 30,000 pound sterling (RM191,700)," katanya.

Kejayaan tersebut telah mencatat rekod bidaan untuk Spink daripada aspek wang kertas Asia.Wang kertas unik tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan CIMB, Tan Sri Md. Nor Yusof kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan disaksikan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak selepas majlis pelancaran CIMB-Principal Islamic Asset Sdn. Bhd. di sini hari ini.Khazanah bersejarah itu akan dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni BNM.