Ikan air tawar boleh 'berjalan' ditemui di Vietnam
IKAN kecil yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga
20mm ditemui di Surat Thani, selatan Thailand baru-baru ini.
HANOI - Beberapa saintis mengenal
pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air
tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar
Sedunia (WWF) semalam.
Maklumat tersebut terdapat di
dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu.
Kawasan Mekong Besar merangkumi
sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di
selatan China.
Ikan air tawar itu hidup di
beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah
Kien Giang di Vietnam.
Dikenali dengan nama saintifik, Clarias
gracilentus, spesies itu
mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan
haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti
seekor ular.
Antara spesies baharu yang unik
di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15
milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara
Vietnam.
Ikan kecil itu ditemui di Surat
Thani, selatan Thailand. - Agensi
No comments:
Post a Comment