MASJID SHEIKH ZAYED PALING DIPERKATAKAN DI DUNIA [Masjid
Sheikh Zayed]
Dubai – Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi telah diumumkan
sebagai masjid yang paling banyak diperkatakan di seluruh dunia kerana
keindahan hasil rekaannya yang bercirikan kesenian Islam.
Pada tahun lalu sahaja seramai 4.6 juta jemaah dan
pelancong telah melawat masjid berkenaan dan ia kini berada sebaris dengan
Colosseum, Eiffel Tower, Sydney Harbor, New York’s Central Park dan Table
Mountain di Cape Town.
Menurut laman web TripAdvisor,sebanyak 1,400 ulasan
dibuat dalam masa tujuh hari, bermula Isnin lalu.
“Dengan tersenarainya dalam laman web terkemuka dunia
itu, ia merupakan satu pengiktirafan kepada keindahan dan hasil kerja mereka
yang terlibat dalam pembinaan masjid ini,’’ kata pengarah masjid berkenaan,
Yousif al Obaidli.
Majis itu turut menggunakan lampu bertahtakan emas 24
karat dan dihiasi dengan permaidani buatan tangan yang terpanjang di dunia.
Selain itu, penggunaan sistem pencahayaan yang menyinari
bangunan berkenaan pada waktu malam, telah menambahkan keindahannya.
Ia dibina Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan dibuka
pada 2007, iaitu pada hari Raya Aidiladha.
No comments:
Post a Comment