Labels

Tuesday, December 18, 2012

Taksub Kebersihan



Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini.

Para saintis juga sudah mengelaskan penyakit ini sebagai OCD atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’.

Tetapi berbeza bagi wanita berusia 40 tahun ini, penyakit OCD yang dialaminya itu telah memudaratkan dirinya sehingga dibuang kerja! Sebabnya, dia akan mencuci tangan 300 kali sehari dan syampu rambut 25 kali sehari!

Malah apabila mandi dia akan mengambil masa hampir lima jam!

Bayangkan berapa banyak masa yang diperlukannya dalam satu hari semata-mata untuk membersihkan diri.

Nampak seperti kerja gila. Tetapi itulah yang dialami oleh Julia Abdullah seorang rakyat Malaysia.

Penyakitnya ini datang kira-kira 20 tahun lalu, iaitu semasa dia bekerja di makmal perubatan yang memerlukannya menguruskan contoh-contoh darah dari penyakit HIV.

Oleh kerana terlampau menghabiskan masa dengan membersihkan diri, dia terpaksa dibuang kerja kerana sering datang lewat.

Malah, ‘tabiatnya’ itu menyebabkan bil elektrik dan air melambung tinggi.

Kasihan sungguh, penyakit terlalu taksub dengan kebersihan ini telah memudaratkan dirinya malah ia juga sukar dibendung.

Kini, Kak Julia sedang mengikuti satu kelas bagi membolehkan dirinya mengawal nafsu daripada terus membersihkan diri.

Malah Kak Julia sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh World Mental Health.

Apa yang berlaku pada Kak Julia mendapat perhatian dunia apabila kisahnya kini banyak tersebar dalam blog dan portal luar negara.

Alahai Kak Julia…

No comments:

Post a Comment