Labels

Saturday, October 20, 2012

Kemalangan Paling Mahal




MONTE CARLO - Ia mungkin boleh dianggap sebagai kemalangan termahal pada masa ini. 




Seorang pemandu wanita yang memandu kereta Bentley Azure didakwa terlibat dalam satu kemalangan melibatkan lima kereta mewah, Mercedes S Class, Ferrari F430, Porshe 911 dan Aston Martin Rapide. 




Kejadian berlaku di Place du Casino menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan kerana orang ramai seakan teruja merakamkan detik nahas paling mahal dan memalukan terbabit. 



Kos untuk membaiki kerosakan kelima-lima kereta terbabit dianggarkan berjumlah 700,000 pound (RM3.4 juta). 

No comments:

Post a Comment