Bristlecone
Pine 4200 tahun
Pokok cemara atau pine (pinus ) merupakan pohon dari keluarga
Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya
berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasaman cukup
tinggi.
Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway,
kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand,
Brazil dan Chili.
Pokok ini memang tenar kerana selain dapat hidup dimana-mana juga
mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok
cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya
mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi.
Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana
boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi
pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone
Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun.
Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya
15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakal yang terpendek
adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine
Jomon Sugi 2000-7000 tahun
Menurut wikipedia, Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan volume 300 m kubik dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.
Spruce Ione Norway 9550 tahun
Tingginya hanya 4 meter, namun
sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden , diketahui berusia
9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang
tertua di dunia pada masa ini.
Spesies
pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya
di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi
Dalarna , Sweden . Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan
sebagai pokok Natal .
“Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada
kemampuannya mengklon diri sendiri,” ujar Leif Kullman, profesor eologi dan
persekitaran hidup di Universiti Umea , Sweden .
Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga
600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan
dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.
Pokok
ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya
berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500
tahun namun membesar hingga 150 meter.
Jika
umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau
setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di
akarnya.
No comments:
Post a Comment